KATALOG ALAMAT INTERNET BERKAITAN BAHASA MELAYU
BIL
|
TAJUK
|
|
1
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam” |
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa
Melayu Kuno
|
2
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berkurun lamanya
orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan
dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan
yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya
hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang
sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan
pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup
mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa
yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah
Semenanjung.
|
BIL
|
TAJUK
|
Asal
Usul Bahasa Melayu
|
3
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini
membincangkan mengenai asal usul bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu,
peralihan bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik,
Bahasa Melayu Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Homograf
|
4
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini adalah
mengenai definisi, contoh – contoh kata homograf, dan juga cadangan latihan. Pelbagai
contoh bela, sepak, rending, semak, perang, sela, tekad, selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.
|
BIL
|
TAJUK
|
Soalan
Karangan Pelbagai Jenis
|
5
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini memberi
latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan keperihalan, fakta,
cereka, imaginasi, perbincangan,
pendapat, ulasan, dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Mari
Belajar Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua
|
6
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini adalah
berkaitan tentang golongan kata.katabantu.kata
bilangan.kata
hubung.kata kerja,kata nafi.kata nama.kata
pangkal.kata
pemeri.kata
penegas.kata
penguat.kata
perintah.kata seru.kata sifat.kata tanya.kata
keterangan.kata ganda
|
BIL
|
TAJUK
|
Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
|
8
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Rujukan dalam PRPM
meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei),
ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib
khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan
kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Membaca
SQ3R
|
9
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
SQ3R ialah teknik
membaca kritis yang telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakansatu
kaedah membaca yang memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang
terdapatdalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pemarkahan
Karangan Umum Dan Karangan Upsr
|
10
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kertas ini
membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah
pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan
dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian
istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak
peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang
dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar.
Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah,
penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
11
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sekali lagi,
karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu
perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu
menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa
perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan
berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada
subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian
dengan murid-murid cikgu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR |
12
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan
dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi
menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html
|
BIL
|
TAJUK
|
|
13
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran
yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin
keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar
perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa
Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
|
14
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pendidikan peringkat rendah adalah
pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Falsafah Pendidikan Negara.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran
Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
|
15
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Adalah lumrah
apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara
seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan
oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai perkara tersebut.
Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya
belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar
kehidupan, perkembangan
mental dan
pertumbuhan fizikal yang berbeza.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu
|
16
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Huraian Sukatan Pelajaran ini
menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan
pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit
mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil
pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas), Aras
2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik
Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
|
17
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pengajaran ialah satu usaha ke arah
mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga berupaya
menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan
membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan
masyarakat, bangsa dan negaranya
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik
Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
|
18
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Selain daripada kaedah
pengajaran, teknik juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran
yang berkesan dalam sesuatu sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni
dengan kaedah. Banyak teknik boleh digunakan oleh guru. Satu daripada teknik
tersebut ialah teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan
bahawa perbincangan ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan
yang selalu diadakan dalam pengajaran bahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran
Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Bilik Darjah
|
19
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Program mengajar kemahiran
berfikir secara formal kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun
1992. Kita telah mencapai kejayaan yang terhad. Apa yang penting ialah kita
harus belajar daripada pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama
ini dan berusaha memurni dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut
sepaya ia mencapai matlamat sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kaedah
Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D )
|
20
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Modul
ini disarankan untuk digunakan oleh guru-guru dalam memperkenalkan
huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dengan d.
Langkah –langkah yang dijalankan dalam modul ini mampu mempercepatkan proses
pengenalan huruf ini dan mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan
berkesan.
Modul
ini juga tidak memberatkan tugas guru di mana guru hanya memerlukan
bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf seperti kad huruf sahaja.
Pengajaran ini dirangka dengan mempelbagaikan penggunaan kad huruf di
samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung murid-murid dengan
huruf-huruf.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
21
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Untuk
memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu,
semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa
Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan,
ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama
yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama
memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang
dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
|
BIL
|
TAJUK
|
Penulisan
Bahasa Melayu
|
22
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan
bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa. |
BIL
|
TAJUK
|
BML
4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa Melayu
|
23
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kursus
ini khusus mengajarkan tatasosial untuk guru bahasa Melayu supaya mereka arif
berbahasa Melayu di samping menguasai tababahasanya. Pendek kata, Malaysia
terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua
aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut
timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di
dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami
falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah
|
24
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Penilaian
yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk
belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi
mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan
mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
|
25
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kajian
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak merupakan
sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit sebanyak membantu
pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek berkaitan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia khususnya. Hanya melalui
ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam kursus-kursus terpilih di IPTS
dapat ditingkatkan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah
|
26
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi
kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman 2, kata adjektif, kata
hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan bahasa 1, simpulan bahasa
2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pelaksanaan
Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah:
Satu
Tinjauan
|
27
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kurikulum
Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah
disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini
bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21
(Abdul Shukor 2000).
|
BIL
|
TAJUK
|
Sintaksis
|
28
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja
mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan
disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan
Unsur Ayat
|
29
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
AYAT ialah unit
pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa. Ayat
mengandungi makna yang lengkap. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri
dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Dalam
bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda
baca titik.
|
BIL
|
TAJUK
|
Tatabahasa
bahasa Melayu
|
30
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Morfologi ialah bidang yang mengkaji
struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu
mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah
berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Ayat:
Subjek & Predikat…?
|
31
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat ialah susunan
kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna
mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Subjek + Predikat =
Ayat
Subjek + Predikat =
Ayat Biasa
Predikat + Subjek =
Ayat Songsang
Subjek = ialah benda
atau perkara yang ingin diterangkan.
Predikat = ialah
cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan
Ayat
|
32
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat bukan sahaja
dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari
segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini, ayat
terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan
songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan
mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat
susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka
ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan
bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif,
atau frasa sendi nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Perkataan
pinjaman dalam Bahasa Melayu
|
33
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Tujuan kertas kerja
ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat, kebudayaan dan sejarah
Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei
dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari
bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu:
Satu Kajian Makna
|
34
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Semua bahasa
meminjam perbendaharaan kata daripada
bahasa-bahasa lain. Bahasa Arab sebagai lingua franca agama Islam
menyumbangkan perbendaharaan kata dan istilah kepada bahasa-bahasa yang
dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat manfaat daripada kata pinjaman
bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji sudut makna leksikal pada kata
pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai
Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu
|
35
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini
berkaitan tentang daftar kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam
bahasa Melayu. Untuk penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata
pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai
Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
|
36
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam dari bahasa asing seperti ae, aer,
ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu, oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch,
ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak lagi.
|
BIL
|
TAJUK
|
Unsur-unsur
Asing Dalam Bahasa Melayu
|
37
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peminjaman
usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat
unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a.
Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau
khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b.
Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa
asing.
c.
Kegemaran menggunakan bahasa asing.
d.
Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu
sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa
asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah
Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu
|
38
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Van
Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu,
pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum
namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa
timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan
Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa
Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah
Bahasa Melayu
|
39
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa
Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui
oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat
kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama
beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab
politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula.
Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali
kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah
bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga
dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa
Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa
Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Variasi
Bahasa
|
40
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan
konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa
formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan
Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra,
bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar,
bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat
dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal,
dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Pinjaman DalamBahasa Melayu
|
41
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Dalam
perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahaputama; Bahasa Melayu kuno,
Bahasa Melayu klasik danBahasa Melayu Moden Bahasa Melayu kuno merupakan
keluarga bahasaNusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abadke-13
iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya. Bahasa Melayu klasik berkembang
pesat bermula dari abadke-13 dan digunakan dalam zaman pemerintahankerajaaan
Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu moden bermula pada abad
ke-19 iaitusebelum penjajahan British.Tiga tahap utama perkembangan Bahasa
Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh
dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasa
|
BIL
|
TAJUK
|
Linguistik
Melayu
|
42
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Linguistik
Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para
pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan
dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori,
aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini
menghuraikan secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara
disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik,
sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa,
linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan
sebagainya.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kajian
Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia (Bahagian 1)
|
43
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sejarah kajian
bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak
terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu sejak
abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming
yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan
pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang
17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan
waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas,
orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan
dan sejarah, warna, hitungan, kata umum.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sosiolinguistik
dan Bahasa Melayu
|
44
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sosiolinguistik dan Bahasa
Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti
ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang
kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini
tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik. Kandungan
langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan
perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam
sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas oleh
pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza
bagi maksud yang sama.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
45
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pameran Literasi Bahasa Melayu
ini merupakan aktiviti yang wajib setelah selesai membuat bahan sumber
mengajar dengan jayanya. Pameran ini melibatkan semua pelajar PISMP
Semester 2/2010 yang merangkumi kumpulan PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pengajian
Sosial, PISMP Bahasa Cina dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina IPG Kampus
Rajang.
|
BIL
|
TAJUK
|
Teori
Pemerolehan Bahasa
|
46
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
· Diasaskan oleh Ivan
Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard
Bloomfield.
· Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike
· Pembelajaran telah berlaku melalui
perubahan tingkah laku manusia.
· Permerolehan sesuatu
perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
· Semua bentuk pembelajaran
tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.
· Tingkah laku manusia adalah
ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
· Dalam proses pembelajaran,
aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
· Penekanan kepada latihan yang
berulang perlu diberikan perhatian.
· Dalam P&P bahasa, aliran
ini satu latihan.
· Bahasa merupakan sesuatu yang
hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
· Latihan adalah perlu untuk
membentuk kebiasaan dalam berbahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pandangan-Pandangan
Teoritis Kaum Behaviorisme Tentang Pemerolehan Bahasa Pertama
|
47
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Teori Behaviorisme mengatakan
bahwa peniruan sangat penting dalam mempelajari bahasa. Teori ini juga
mengatakan bahwa mempelajari bahasa berhubungan dengan pembentukan hubungan antara kegiatan
stimulus-respon dengan proses penguatannya. Proses penguatan ini diperkuat
oleh suatu situasi yang dikondisikan, yang
dilakukan secara berulang-ulang.
Sementara itu, karena rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses
pembelajaran, anak-anak akan merespon dengan mengatakan sesuatu. Ketika
responnya benar, maka anak tersebut akan mendapat penguatan dari orang-orang
dewasa di sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan
anak akan menguasai percakapan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Aktiviti
Pratulisan Dan Tulisan Mekanis
|
48
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peringkat pengajaran
menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkatmekanis
dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalahtempoh
masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka
dapatmenulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot-otot,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi
kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai
kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan
yang dirancangkan haruslahsistematik, bertitik-tolak daripada
aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bengkel Aktiviti Pratulisan
|
49
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bengkel Aktiviti
PratulisanMelaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata.Penghasilan
ABM bagi tajuk tersebut telah dibuat dalam memuatkan aktiviti yang
melibatkanpergerakan jari, tangan dan mata. ABM yang dihasilkan adalah Papan
Bentuk. Alat ini digandingkanbersama plastesin. Papan bentuk ni
disediakan dengan pelbagai bentuk iaitu segi empat sama, segiempat
tepat, bulat dan sebagainya. Objek pada Papan Bentuk dibina dalam beberapa
tahapkesukaran bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini secara
berperingkat dan seniasa majuke hadapan. Selain itu, nama-nama objek turut dipamerkan
agar murid-murid dalam melihat,mengeja, dan menyebut. Plastesin digunakan
untuk menghasilkan bentuk Papan Bentuk.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
50
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Seseorang pelajar lazimnya
terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan
mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai
tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada
masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk
menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan
mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar
pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
|
Bil
|
Tajuk
|
Kata
nama
|
51
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang ini akan memerihalkan
mengenai kata nama yang terbahagi kepada tiga domain utama yakni kata nama
am, kata nama khas dan kata ganti nama.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan