Penggunaan ICT
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah
Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran
Penggunaan ICT
Ting Kung Shiung
Woo Yoke Ling
Fakulti Pendidikan
Universiti
Teknologi Malaysia
Subtema: ICT Dalam
Pendidkan Guru
Abstrak
Peranan Pendidikan
Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar kerana bidangini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaanIT dalam
pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT.Penggunaan
komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan ideadan kreativiti
para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam
mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu
mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan
dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bermaksud menggunakan
ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pendidikan
baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan
profesion perguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi,
terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional,
ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan
kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital,
sumber kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu, dicadangkan penggunaan ICT
bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap
ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi
dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer
di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.
Abstract
In this century,
Technical and Vocational Education play a important role. It has faces a lot of
challenges in increasing the uses of Information Technology in teaching and learning
process due to suit the changes of ICT era. The uses of computer have become significant
in developing teachers’ ideas and creativity in the teaching and learning process.
A skillful teacher that uses information technology and communication (ICT) to
support the teaching of Technical and Vocational Education are able to enhance
the acquisition and uses of the Technical and Vocational Education. ICT in
teaching and learning process on technical and Vocational Education are use
accordingly and organized due to increase the effectiveness in teaching and
learning process. The development education in ICT needs changes in the role of
education and teacher’s profession. Develop country needs more teachers who
have their majoring in ICT. However, there are several constraints and challenges
face by Technical and Vocational teachers when using ICT during the teaching
and learning process. Such of the constraints a teacher faced are in finishing
up the syllabus, teacher’s negative attitude, lack of skill, lack of
infrastructure, crevasses of ICT and the less of money sources. There are
several steps that can be taken to overcome this situation on the uses of ICT,
such as plan an effective curriculum, changed the attitude on teachers,
organize ICT training for teachers, provide enough infrastructure especially at
villages and have enough money sources.
* Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),
Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekangan
/ Cabaran Penggunaan ICT, Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Pengenalan
Globalisasi ialah
satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh
kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep
dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global,
konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini
memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara
membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan
trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan
perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti
Malaysia. Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi
negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan
era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT
memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku
ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang
sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT
merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan
networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer
peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible)
contohnya software. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT
memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun
memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan
komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan
paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan
mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan
bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran
terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan
boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum,
penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan,
dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Menurut B. G.
Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat
bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,
perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di
antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan
sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang
masa. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Kamus Dewan mentakrifkan
pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our
lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan
bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru
seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka
seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru
dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan empayar
di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran
dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengunpul maklumat, menganalisis
data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan
pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari
pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke
arah mendapatkan maklumat.
Ellington,
Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam
pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih
berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan
peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam
pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas; pembelajarannya
yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui
pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran
dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang
menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang
sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan
komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran
globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai
ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada
peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan
daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan
program pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak
mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV
dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang
dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan
berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah
semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya
memberikan kesan
yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam
bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang
bersesuaian.
ICT dan Dasar
Pembangunan Negara
Pembangunan negara
pada abad ke-21 ditumpukan kepada pembangunan ICT yang melibatkan pembangunan
infrastruktur teknologi maklumat dan Koridor Raya Multimedia. Dasar ini akan
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kemampuan
ICT yang tercanggih dan menjadi pemangkin kepada pembangunan media elektronik,
ekonomi, sosial dan pendidikan. Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan
negara dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000).
Menurut dasar ini:
“Kemunculan Era Maklumat telah menjadi penyumbang
utama kepada kejayaan persaingan antarabangsa telah meletakkan teknologi maklumat
(IT) di kedudukan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara. IT telah
diakui sebagai satu teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Dalam
tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RME), pelaburan yang besar telah disalurkan
bagi menyediakan infrastruktur asas IT sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian
kemudahan dan perkhidmat yang canggih.”
(Malaysia,1996:447)
- Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan multimedia di peringkat global.
- Menaikkan taraf dan menambah infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.
- Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan multimedia di peringkat global.
- Meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi menambah bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.
- Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.
- Memupuk keupayaan tempatan dalam mencipta pembangunan kandungan.
- Meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi momentum pembangunan MSC.
- Memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT.
- Menggalakkan kegiatan P & P bagi faktor bukan perkakasan bagi kemajuan ICT dan era maklumat yang akan memberikan manfaat kepada individu, pertubuhan dan masyarakat.
(Malaysia,
2001:403)
Kepentingan
Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
Chakrabarty (1979)
menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara
menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat
menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite(1987) pula
menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan
kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama
dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer
sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat
yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi
dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa
literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam
kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran
komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam
masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya
terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran
tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran
dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas
literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa
sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi
juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan
seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia
bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai
alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud
mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta
kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.
Perubahan ICT akan
memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai
teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang
kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa
hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan
penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru
menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan
dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke- 21.
Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan
pada masa hadapan.
Sikap Guru
Terhadap Komputer
Gbomita (1997)
menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang
menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain
faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk
penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994),
mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang
bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian
merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan
komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru
menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta
berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi
dengan ibu bapa serta pelajar.
Ambigapathy dan
Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era
teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti-aktiviti
pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan perkembangan
teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi
maklumat (ICT)
dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam
pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi
tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia
Tenggara.
Beberapa kajian
telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru
pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap
terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau
hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan
komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar
(2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi
yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju
bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula
menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan
komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam
bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan
kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik
darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer
boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru.
Kenyataan kajian
beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifri dan Raja
Maznah (1994) dalam kalangan guru-guru pelatih siswazah di Universiti Malaya.
Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawa
mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang
mempunyai pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49%
daripada mereka yang mempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa
pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan
bahawa guru-guru pelatih yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di
sekolah atau di universiti cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang
tidak berpengalaman. Di samping itu, Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga
mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya
mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap
komputer.
Daripada kajian
dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd. Ghazali ke
atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa
penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau
melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan
melalui penggunaan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya
melibatkan 24.56% guru-guru sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling
tinggi adalah 21 kali dan yang paling rendah hanya sekali sahaja dalam masa
tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran sahaja yang menggunakannya iaitu
mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, biologi
dan geografi. Guru-guru subjek lain tidak pernah menggunakannya dalam tempoh
tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian
kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelas sahaja yang
menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal komputer dan
kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya
40.53% sahaja masa P&P sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh guru-guru
dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan kemudahan
internet untuk membantu P&P mereka. Memandangkan Sekolah Bestari yang
berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan
komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional.
Peranan Pendidikan
Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam
pengajaran-pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga
penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu,
inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta
pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun
2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan
mencorakkan anjakan baharu dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah
berkesan. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional perlu mempunyai kelengkapan
infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.
Peranan ICT Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Teknik & Vokasional
Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang
digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah Teknik terdiri daripada
komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan
transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain.
Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu
dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan
teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah.
Era teknologi
maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet
lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan
bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara
luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan
sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif
di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan
pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan
kepada pengguna untuk tujuan epembelajaran dan juga bidang-bidang lain
(Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal
untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan
terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan
maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat
mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu e -
pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan
mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email,
video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat
berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk
berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalame-pembelajaran juga
dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengaksesmaklumat dari
mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbezadengan kaedah
tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliranuntuk meminjam
buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan
bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum
balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar
boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan
membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan
konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang
tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong.
Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari
segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.
Penggunaan
perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu
meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin
(1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer”
mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory)
dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan
kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik
et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran
dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar
yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan
pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada
pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara
peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah:
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning).
• Membolehkan guru mengakses maklumat
yang sukar diperolehi.
• Membolehkan guru mengumpul maklumat
yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk
diperoleh.
diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan pelajar mencuba atau
melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi
guru dan pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat kemahiran ICT.
Perubahan kaedah
pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik
minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan
pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih
berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep,
mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik
minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan
literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).
Kekangan dan
Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
Menurut Mohamed
Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem
Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan Vokasional:
Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara
menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan
vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran
dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem
pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan,
sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih
ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan
dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
dalam bidang ICT.
Daripada temubual
dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka
adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet
memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap
mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997),
pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber
multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam
pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad
akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.
Daripada kajian
lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional
dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker
& Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada
profesion guru dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional
yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian
penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan
sebagainya. Penggunaan ICT dalam Sekolah Teknik dan Vokasional telah membuka
perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat
kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi
maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam
pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan
sebagainya.
Penggunaan IT
mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences
yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada
pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran
merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan
kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual,
pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial
yang penting dalam era ICT.
Tidak ramai para
pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang
menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran
elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi
rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan
tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan
pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat
sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan
kemudahan dan kemahiran.
Meluaskan literasi
komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada
abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi
sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang
celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan teknik dan vokasional
ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna
kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan
sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah teknik dan
vokasional pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di
dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam
makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak.
Guru-guru yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah
terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di
sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang
menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan
hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan,
disertakan di bawah ini matriks yang menunjukkan perkaitan antara tahap
teknologi dan pembelajaran.
Cabaran masa kini
dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer
yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau
bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak
menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru
dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan
keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.
e) Jurang ICT dan
Digital
Ketidakseimbangan
yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan,
pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi
kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan
di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang
ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah
dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang
perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan
peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan
pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih
dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah
melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.
bukan secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada
kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum
dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
f. Sikap Negatif
Guru
Guru harus
meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini,
sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi
maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan
ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT
diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Faktor persediaan
mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah
sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Kajian
ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi
merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di
samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan
dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi
cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu
literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.
Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan
teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar,
2003).
Menurut Robiah
(2003) menyatakan bahawa lantas sikap guru yang positif akan lebih mendorong
dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh.
Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan
pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia
melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama
ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar
penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan
ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru
juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan
komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan
konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
g. Kekurangan
Kemahiran
Guru perlu
didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan
mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu
mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT
dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan
kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan staf yang
melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini
boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan.
Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan
inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.
Pihak sekolah
perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan
komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta
makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infostruktur
seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk
persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.
Penggunaan
komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolahsekolah di
luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan
untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan
dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan
perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk
mata pelajaran lain perlu dibangunkan.
j. Sumber Kewangan
Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah juga
perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa.
Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi
melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah
juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain
menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan
pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan
penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Pihak
sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa
ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi
melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.
Kesimpulan
Penggunaan ICT
dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan
pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan
status pendidikannya di peringkat global. Peranan istitusi pendidikan bagi
meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran
komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion
keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah
untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti
menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan
peluang kepada golongan guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional untuk
mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta
pengajaran. Tambahan pula, ICT dapat mendedahkan mereka ini dengan
cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada penggunaan
ICT. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan
menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana
dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha akan
dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya di Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru dalam bidang pendidikan
teknik dan vokasional bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di
sekolah.
Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar
dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap
dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran
dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal.
Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan
penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih banyak ruang
kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di
mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan kemahiran
penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif
terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru. Usaha untuk mempertingkatkan
pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus dan latihan
yang berkesan perlu disarankan.
Sewajarnya lebih
ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan
zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta
laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran
ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi
dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang pengurus, jurulatih
dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995). Oleh itu kejayaan
pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan
prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir
dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik
darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan
dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan
rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Penggunaan
komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana
pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access,
self paced , dan self directed. Seterusnya gabungan
pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan
nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber
maklumat melalui Internet.
Sumber;http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2013.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan