STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SECARA KOLABORATIF ATAS TALIAN DALAM ANALISIS
NOVEL BAHASA MELAYU
Rafiza Abdul Razak
rafiza@um.edu.my
Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Abstract: The research was intended to investigate
the e-collaborative learning in Bahasa Melayu KOMSAS subject via multimedia
project-based. This is prior to the students’ low performance in monthly test
due to the lack of variation in teaching and learning techniques for KOMSAS.
The research design employed qualitative approach utilizing semi structured
interview and document analysis. The findings indicated that e-collaborative
learning strategy in Bahasa Melayu KOMSAS enabled students to interact and
share opinions, provide better understanding, provide longer learning duration
and flexible, increase students’ motivation and interest upon learning Bahasa
Melayu KOMSAS, provide faster and more access to sources and references and
predominantly increase students’ performance. The outcome of the research
contributes in developing the teaching and learning strategy specifically in
Bahasa Melayu literature.
Keywords: e-collaborative,
facebook, active learning
PENGENALAN
Dapatan daripada satu kajian, menyatakan
bahawa pelajar belajar secara aktif melalui proses penceritaan digital,
terutamanya pelajar-pelajar pada abad ke-21 kini yang lebih gemar mempelajari
kemahiran baru berkaitan teknologi. Secara keseluruhan, kaedah penceritaan
digital dilaporkan mempunyai kesan positif kepada pelajar kerana mampu
meningkat motivasi dan penglibatan yang aktif. (Howell & Howell, 2003;
Jakes, 2006; Robin, 2008). Manakala hasil kajian yang dijalankan oleh Bullent
Dogan, (2005) mendapati pelajar lebih bermotivasi untuk mengkaji sesuatu subjek
yang diberi apabila menggunakan penceritaan digital.
Kebanyakan dapatan kajian seperti kajian Davis et al.
(1997), menunjukkan pembelajaran berkualiti berlaku dengan penuh bermakna
apabila mengintegrasikan ICT dengan pengajaran kolaboratif. Tujuan utama
pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer (“Computer-Supported
Collaborative Learning” (CSCL)) adalah untuk menyediakan persekitaran yang
menyokong kerjasama antara pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses
pembelajaran mereka (Kreijns, Kirschner, & Jochems, 2003), memudahkan
pembelajaran kolaboratif (Pea, 1994), atau kerjasama kumpulan (Stahl, 2006).
Dengan itu, penggunaan ICT boleh memberi banyak sumbangan untuk memperbaiki
sistem persekolahan sekiranya persekitaran pembelajaran yang interaktif dan
bertenaga bertapak seiring dengan konteks pedagogi, kurikulum dan organisasi
sekolah yang bersesuaian (Deetya 1996:14).
LATAR
BELAKANG KAJIAN
Menurut Tinzmann et al. (1990), dalam pengajaran dan
pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya menyalurkan pengetahuan
seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Pengajar perlu mempunyai pengetahuan
yang dalam tentang isi pelajaran dan mempunyai kemahiran serta menyalurkannya
kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif pula, pengajar perlu menilai dan
membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu,
bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi
pembelajaran yang efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan dan
pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan tenaga pengajar
mahupun pelajar lain. Selain itu, Tinzmann (1990) juga menegaskan melalui
perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar, pengajar
berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu
pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran
yang sedia ada. Pengajar perlu menilai tahap maklumat dan bantuan yang diberi
untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar. Situasi pembelajaran di
atas yang cuba diubah dan diterap oleh pengkaji supaya pelajar dapat belajar
dengan lebih efektif daripada suasana pembelajaran tradisional kepada
pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar supaya mereka dapat berfikir dengan
lebih kreatif dan kritis.
Sharmini (2004) mengemukakan pengajaran dan
pembelajaran sastera amat berguna dalam masyarakat Malaysia kerana dapat
membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Ilmu sastera boleh merentasi kurikulum dan pelajar dapat
mempelajari dengan lebih bermakna. Beliau mencadangkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlu diubahsuaikan dengan mengintegrasikan teknik atau pendekatan
kontemporari yang mesra pelajar.
Kajian ini disokong oleh kajian yang dibuat
Wheatley (1992) menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan
pemikiran dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk
membuat refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan yang
bermakna daripada pengalaman. Kedua-dua kajian lepas di atas mengukuhkan lagi
kenapa kajian ini perlu dilakukan dan pengkaji ingin memfokuskan kepada
strategi pengajaran yang lebih berpusat pelajar. Oleh itu, pengkaji memilih
menggunakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif.
Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu
metodologi dalam sistem pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara
aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P) secara kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar
dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar.
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti
bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil
pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif
dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika
dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti
dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan
dipelajari oleh pelajar secara tidak langsung.
Dalam mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif, pengkaji
mengintergrasikan penggunaan teknologi multimedia dalam P&P KOMSAS.
Perkembangan teknologi multimedia menunjukan potensi besar dalam merubah cara
seseorang belajar, cara memperolehi maklumat dan cara menyesuaikan setiap
maklumat. Hal ini dapat dilihat daripada satu kajian yang dijalankan oleh
Bransford, J.D.et al, (1999), menunjukkan ICT dapat meningkatkan kemahiran
pemikiran yang kritis, kemahiran mencari maklumat dan kemampuan dalam
menyelesaikan masalah Kajian ini, bertepatan dengan slogan pendidikan Malaysia
iaitu “Pendidikan bertaraf dunia” mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi
yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif.
PENYATAAN MASALAH
Ramlah Jantan (2002) dalam kajiannya
mendapati sistem pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam
dan buku teks dirasakan kurang sesuai digunakan dalam sistem pendidikan moden
kini. Kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar ini
telah menghalang pelajar untuk mengembangkan prestasi pembelajaran
masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka tersendiri.
Malah, teknik pengajaran yang tidak selari dengan perkembangan teknologi
terkini dan tidak berpusatkan pelajar telah menyebabkan berlakunya implikasi
yang kurang menyenangkan dalam keputusan peperiksaan pelajar (Woolnough, 1993).
Hasil kajian-kajian di atas menggambarkan
masalah yang sama dihadapi oleh pengkaji, di mana keputusan uijan bulanan
pelajar bagi bahagian KOMSAS adalah tidak memuaskan kerana teknik pembelajaran
dan pengajaran (P&P) yang digunakan kurang memberangsangkan .Situasi ini
juga berlaku disebabkan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah pengkaji jalankan,
masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional “chalk & talk” iaitu
pengajaran lebih kepada berpusatkan guru. Pengunaan karya sastera khususnya
novel sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai objektif dan
fungsinya yang tersendiri. Berdasarkan sukatan pelajaran, kemahiran
menganalisis karya perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Namun kemahiran ini
sukar dipelajari oleh pelajar kerana mereka tidak berminat untuk membaca novel
yang dipelajarai . Menurut Prettyman (1996), daya kreativiti guru adalah
penting dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Minat dan kesungguhan yang
mendalam membantu mempercepatkan proses penghayatan pelajar.
Kelemahan ini boleh diatasi dengan melakukan perubahan
dalam sistem pendidikan iaitu memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran
(P&P) yang berpusatkan pelajar. Dalam kaedah ini, pelajar sentiasa didorong
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Lantaran itu,
pembelajaran akan menjdai lebih bermakna dan menyeronokkan. Ahmad Fuad (2003),
Azwan Ahmad, Abdul Ghani dan Mohamad Zohir et al (2005), dalam kajian mereka,
menyatakan dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu
rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur
dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan meluas bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kajian yang
diperolehi oleh Marissa. W., dan Mazlan. H. (2006), mendapati sebanyak 59%
pelajar lebih selesa menggunakan perbincangan atas talian untuk menjalankan
pembelajaran kolaboratif. Menurut Khan(2005), pembelajaran atas talian, oleh
dilihat sebagai satu pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan perkara yang
menarik, berpusatkan kepada pelajar dan suasana kemudahan pembelajaran kepada
sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa serta sumber kepada
pelbagai teknologi digital kepada bahan pembelajaran yang sesuai untuk
keterbukaan, fleksibel dan keserataan suasana pembelajaran.
Pembelajaran atas talian memberi kebebasan kepada pelajar
menyuarakan pendapat serta idea. Maka pengkaji melakukan kajian ini untuk
melihat sama ada interaksi kolaboratif secara atas talian dapat membantu
pelajar menguasai kemahiran menganalisis novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga
yang dikaji atau tidak.
TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran atas talian @ e-pembelajaran
E-pembelajaran adalah merupakan kaedah
terbaru menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap
pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini menggunakan perkakasan fizikal
seperti komputer peribadi, modem dan juga talian telefon.
E-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan,
maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita
audio-video, interaktif TV dan CD-rom merupakan sebahagian dari media
elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson,
2000). Kaedah ini membolehkan pelajar menggunakan e-pembelajaran untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki (Rader dan Wilhelm, 2001).
Penggunaan e-learning memberi impak
pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif
pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup.
Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e- pembelajaran
tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu
menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran
yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone
dan Hawkins, 2001) iaitu “Exploration, Experience Engagement, Empowerment,
Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.”
Selain itu, e-pembelajaran juga merupakan
satu model pembelajaran dengan menggunakan media teknologi komunikasi dan
informasi khususnya Internet.
E-pembelajaran merupakan satu penggunaan teknologi Internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang berlandaskan tiga kriteria iaitu:
E-pembelajaran merupakan satu penggunaan teknologi Internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang berlandaskan tiga kriteria iaitu:
a)
E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui,
menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
b) apa
yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa
yang sama
yang sama
c) fokus pada pandangan yang lebih luas
tentang disebalik pembelajaran secara
tradisional. (Rosenberg 2001; 28)
tradisional. (Rosenberg 2001; 28)
Manakala Jamaludin Badusah & Hashimah
Haji Hashim (2005), dalam kajian mereka mendapati pada keseluruhan minat
pelajar terhadap penggunaan Internet dalam penulisan didapati sangat baik. Min
keseluruhan adalah tinggi (min = 3.92) dengan sisihan piawai 0.77. Pembelajaran
berbantukan Internet adalah sesuatu pembelajaran yang menarik menunjukkan nilai
min tertinggi (min = 4.28). Kini pelajar lebih berminat kepada teknologi
komputer juga menunjukkan nilai min yang tinggi (min= 4.23). Pelajar juga
berminat menggunakan Internet kerana persediaan untuk belajar tidak menjemukan
dan menyusahkan (min = 3.97). Dapatan kajian ini, pada keseluruhannya
menunjukkan persepsi pelajar terhadap Internet dalam penulisan karangan adalah
positif. Responden didapati mempunyai sikap, motivasi, efikasi kendiri dan
minat yang tinggi terhadap penggunaan Internet dalam penulisan karangan. Kajian
ini mengukuhkan lagi strategi P&P yang dipilih oleh pengkaji dalam
memantapkan pemahaman pelajar terhadap novel KOMSAS yang dikaji,kerana dapatan
kajian menunjukkan pelajar berminat menggunakan Internet untuk belajar tanpa
rasa jemu.
Sehubungan itu, Zoraini Wati (2008) telah mengemukakan
satu teori pembelajaran global. Menurut teori tersebut, pada masa akan datang,
sistem pendidikan akan menggunakan alat perhubungan online sosial di Internet
seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial seperti My Space dan
Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang adalah satu
proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi
teknologi. Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah
membolehkan bahan tutorial dimuat turun dalam bentuk video, audio, imej dan
slaid digital. Selain itu, kaedah pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah
kerana bahan pembelajaran adalah direka dengan arahan kendiri
(self-instructional), interaktif, mesra-pelajar (leaner friendly) dan
sistematik (Zoraini Wati, 2008; Rosenberg 2001).
Pembelajaran menggunakan Facebook
Facebook adalah salah satu laman sesawang
sosial (SNSs) paling popular dalam kalangan pelajar dan setakat ini merupakan
website yang membawa kepada aliran utama budaya SNSs. (Boyd & Ellison,
2008, hal 214). Laporan tahun 2001 dari Pew Internet & American Life
Project (Lenhart, Rainey, & Lewis, 2001) menunjukkan komunikasi
teknologi melalui laman sesawang sosial telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan para remaja masa kini. Didapati bahawa tiga-perempat daripada remaja
antara usia 12 dan 17 menggunakan Internet dan instant messaging (IM)
menjadi perkara penting dalam kehidupan mereka. Hasil kajian mendapati 76%
daripada remaja mengatakan bahawa mereka akan bosan jika tidak boleh melayari
Internet. Manakala 48% mengatakan penggunaan Internet meningkatkan hubungan
mereka dengan rakan-rakan. Sementara 32% mengatakan alat Internet membantu
mereka mencari teman baru.
Juga perlu diperhatikan peranan teknologi tersebut adalah
sebagai pengganti peristiwa diri mereka dalam komunikasi sosial remaja. Lebih
daripada satu pertiga remaja menggunakan ‘instant message’ (IM) untuk
melakukan komunikasi sosial. Mereka tidak ingin mengatakan dalam perbualan
berhadapan muka dengan
rakan-rakan mereka, seperti mengajak seseorang keluar (17%) atau ingin putus perhubungan dengan seseorang (13%). Ketika hasil kajian Pew Internet & American Life Project dikemaskini pada tahun 2007 (Lenhart, Madden, Smith, & Macgill, 2007), mereka mendapati bahawa jumlah remaja atas talian telah meningkat dalam laman web sosial. Sebanyak 93% daripada remaja menggunakan Internet, untuk interaksi sosial, dan merupakan tempat di mana mereka boleh berkongsi reaksi, bercerita, dan berinteraksi dengan orang lain (Hal. 31). Hamann dan Wilson (2002), dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar yang menyertai dalam kelas atas talian mendahului para pelajar dalam pembelajaran tradisional.
rakan-rakan mereka, seperti mengajak seseorang keluar (17%) atau ingin putus perhubungan dengan seseorang (13%). Ketika hasil kajian Pew Internet & American Life Project dikemaskini pada tahun 2007 (Lenhart, Madden, Smith, & Macgill, 2007), mereka mendapati bahawa jumlah remaja atas talian telah meningkat dalam laman web sosial. Sebanyak 93% daripada remaja menggunakan Internet, untuk interaksi sosial, dan merupakan tempat di mana mereka boleh berkongsi reaksi, bercerita, dan berinteraksi dengan orang lain (Hal. 31). Hamann dan Wilson (2002), dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar yang menyertai dalam kelas atas talian mendahului para pelajar dalam pembelajaran tradisional.
Hal ini menunjukkan facebook sebagai
modul pembelajaran yang membantu pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran.
Selain itu, facebook juga mewujudkan interaksi baik antara guru dengan
pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
Laman sesawang sosial ini, membantu pengajar dengan pelajar mereka tentang
tugas, kegiatan mendatang, dan contoh kerja di luar waktu persekolahan. Pelajar
boleh menggunakan facebook untuk menghubungi rakan sekelas bertanyakan
tentang tugas kelas atau peperiksaan serta berkolaborasi untuk tugas dan projek
kelompok dalam persekitaran atas talian (Caroline dan Terri, 2009).
Hasil kajian yang diperolehi, menyebabkan pengkaji memilih
“facebook” sebagai satu platform untuk mendekati pelajar-pelajar dengan lebih
dekat dan mesra untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
mereka. Hal ini kerana kajian membuktikan para remaja kini lebih selesa untuk
berinteraksi dalam laman web sosial daripada bersemuka terutamanya pelajar yang
pendiam di dalam. Selain itu, penggunaan “facebook” diharap dapat memotivasi
pelajar untuk meningkatkan minat belajar serta aktif dan berani menyuarakan
pendapat dalam P&P.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal
pasti strategi pembelajaran kolaboratif atas talian dapat membantu pelajar
berinteraksi dan menyuarakan pendapat dalam memahami novel Bahasa Melayu
Tingkatan Tiga. Kajian ini diharap dapat mendedahkan strategi pembelajaran yang
efektif untuk membantu pelajar mempelajari novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga.
Secara tidak langsung kajian ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan teknik
pengajaran dan pembelajaran mereka, serta menarik minat pelajar melalui
pembelajaran atas talian. Kajian ini menjawab persoalan berikut:
a) Sejauh manakah strategi pembelajaran
kolaboratif atas talian dapat membantu
pelajar aktif berinteraksi dan menyuarakan pendapat dalam memahami novel
Bahasa Melayu Tingkatan Tiga?
pelajar aktif berinteraksi dan menyuarakan pendapat dalam memahami novel
Bahasa Melayu Tingkatan Tiga?
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual semi-struktur dan bukti
dokumen. Kaedah ini memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap fenomena
yang dikaji. (Cresswell,2002 dalam Malakolunthu, 2007). Kajian kualitatif ini
memberi kefahaman yang lebih tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dipatuhi
oleh kajian kuantitatif. Menurut Marohaini Yusoff (1996), melalui kaedah
kualitatif penyelidik akan berpeluang untuk memerhati, merapatkan diri kepada
peserta kajian, berinteraksi dengan peserta kajian seterusnya data kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual separa
berstruktur kerana teknik ini lebih bersifat fleksibel dan keadaan ini
membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.
Temu bual yang dijalankan adalah temu bual berkumpulan. Hal ini adalah kerana
kajian ini dijalankan terhadap dua buah kumpulan yang terdiri daripada lima
orang dalam satu kumpulan dan menjadi jumlah keseluruhan responden adalah
sepuluh orang. Namun pemilihan dua buah kumpulan bukan bertujuan untuk membuat
perbandingan tetapi untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan data yang lebih
tinggi dan jitu dalam kajian. Temubual dengan pelajar merupakan data utama bagi
penyelidikan ini dan pengkaji telah menemubual dua buah kumpulan yang
dilabelkan sebagai kumpulan A dan kumpulan B. Temu bual untuk setiap kumpulan
telah dijalankan secara kumpulan berfokus (focus group interview). Kekuatan
kaedah ini bersandarkan keupayaannya untuk melihat interaksi antara peserta
kajian dan kemampuannya memperlihatkan sikap dan pengalaman sebenar para
responden kajian (Morgan dan Spanish, 1984).
Dokumen seperti bahan yang dikirimkan dalam (Facebook)
dianalisa mengikut kriteria penskoran yang diubahsuai mengikut kajian dan hasil
projek multimedia dianalisa mengikut komponen sastera yang berkaitan dalam
kupasan novel digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Pelbagai bentuk kutipan
data digunakan dalam kajian kualitatif. Data kualitatif yang diperoleh membantu
memantapkan kajian yang dijalankan. Data-data berkenaan saling melengkapi
antara satu sama lain.
Responden kajian adalah pelajar mempunyai pengetahuan
yang kurang dalam sastera. Pelajar mengalami kesukaran untuk mempelajari
sastera. Pengkaji mendapati pelajar bersikap pasif dalam pengajaran dan
pembelajaran sastera. Pelajar tidak menunjukkan minat dalam mempelajari sastera
dan tidak suka membaca karya sastera. Pelajar hanya mendekatinya apabila
membuat rujukan untuk menghadapi peperiksaan atau ujian. Berdasarkan hal yang
demikian, pengkaji merasakan pelajar-pelajar ini sesuai dijadikan responden
untuk kajian yang dijalankan. Dengan itu, kajian ini dijalankan terhadap dua
buah kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar Tingkatan Tiga.
Tujuan kajian ini bukan untuk digeneralisasikan kepada
populasi tetapi untuk membentuk kefahaman yang mendalam kepada fenomena atau
isu yang diperkatakan (Cresswell,2002 dalam Malakolunthu, 2007). Meneroka
pembelajaran kolaboratif secara atas talian dalam KOMSAS Bahasa Melayu memerlukan
kaedah kualitatif dalam mendapatkan data dan memahami sesuatu fenomena daripada
perspektif dan pandangan menyeluruh responden-responden yang terlibat (Merriam,
1998). Dengan kaedah kualitatif ini, pengkaji dapat meneroka pembelajaran
kolaboratif secara atas talian dalam KOMSAS Bahasa Melayu menggunakan kaedah
temubual dan analisa bukti dokumen.
DAPATAN KAJIAN
Berikut adalah kupasan dapatan kajian ini.
1. Penggunaan strategi pembelajaran
kolaboratif atas talian dapat membantu pelajar
berinteraksi dan menyuarakan pendapat.
berinteraksi dan menyuarakan pendapat.
Data diproses dan pengkaji mendapati bahawa
pembelajaran kolaboratif atas talian membantu pelajar berinteraksi dan
menyuarakan pendapat dalam memahami novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Melalui
bahan-bahan kiriman atas talian yang dikumpul oleh pengkaji, didapati tujuh
daripada sepuluh pelajar kerap memberi maklum balas yang bermakna dalam isu
perbincangan berkaitan komponen sastera melalui “Facebook”.
Selain itu, para pelajar ini juga kerap
bertanyakan soalan berkaitan komponen novel dan masalah berkaitan projek
multimedia menggunakan kaedah penceritaan digital melalui perisian “Movie
Maker” dengan guru dan juga dengan rakan-rakan. Keadaan tersebut telah
menyerlahkan lagi keberkesanan penggunaan strategi pembelajaran kolaboratif atas
talian.
Berdasarkan analisa yang dibuat, pengkaji mendapati
perubahan terhadap tingkah laku pelajar ini dalam pembelajaran novel. Rajah di
bawah merupakan contoh kiriman pelajar A:P1 berkaitan novel yang dikaji.
Rajah 1. Kiriman jawapan yang beri oleh A : P1
berkaitan komponen sastera, watak
dan perwatakan.
dan perwatakan.
Responden A:P1, merupakan pelajar yang paling
aktif memberi kiriman bermakna atas talian.. Jika dibandingkan penglibatan
responden A:P1 di dalam kelas melalui pemerhatian awal yang dibuat, responden
ini merupakan pelajar yang pasif di dalam kelas, jarang bercakap dan meyuarakan
pendapat. Namun bahan yang dikirimkan berkaitan komponen sastera, seperti watak
dan perwatakan dalam “Rajah 1. Kiriman jawapan yang beri oleh A : P1 berkaitan
komponen satera watak dan perwatakan.” di atas adalah bertepatan dengan isu
yang dibincangakan serta menunjukkan peningkatan dalam memahami novel Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga. Markah yang diperolehi mengikut kriteria pengskoran
dalam pemarkahan adalah sembilan daripada markah penuh sepuluh. Pelajar
menggunakan ayat yang gramatis, isi yang tepat berdasarkan tugasan, huraian isi
(contoh) tepat dan terdapat kesalahan yang minimun dalam penggunaan kata.
Pembelajaran atas talian sememangnya memberi perubahan yang berbeza kepada para
pelajar dalam P&P.
Seterusnya di bawah adalah pita rakaman suara
temu bual dengan pelajar A:P1 bagi yang telah ditranskripkan serta dianalisa.
“Perbincangan berkaitan pelajaran secara atas
talian melalui Facebook merupakan pengalaman pertama saya. Sebelum ini, saya
ingat Facebook hanya tempat untuk bersembang dengan rakan dan muat turun gambar
sahaja. Tetapi cara ini lebih seronok untuk belajar”
Rakaman A:P1. Soalan No. 1a
“Bagi saya aktiviti ini, memang membantu saya
mempelajari novel dengan lebih jelas, melalui soalan-soalan yang dibincangkan
bersama guru dan kawan-kawan yang lain”.
Rakaman A:P1. Soalan No. 1b
“Ya sangat selesa berbincang secara atas
talian kerana saya dapat menyoal guru dan memberi pendapat tanpa rasa bersemuka
kerana saya malu dan tidak yakin selain mempunyai masa sendiri untuk menjawab
soalan tanpa tekanan.”
Rakaman A:P1. Soalan No. 1c
Berdasarkan analisa temu bual ini, jelas
membuktikan bahawa tingkah laku pelajar berubah melalui teknik pembelajaran
yang berbeza. Hal ini disokong oleh hasil kajian Oxford dan Crookall(1989),
menyatakan guru-guru yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu
pelajarnya menguasai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan. Melalui analisis
transkrip temu bual di atas, hasil kajian mendapati pelajar lebih suka
berinteraksi dan memberi pendapat atas talian. Mereka berasa selesa untuk
memberi pendapat apabila tidak perlu berhadapan dengan guru atau pun rakan
sekelas. Selain itu, mereka berpendapat teknik pembelajaran ini memberi masa
dan ruang yang fleksibel untuk mereka menjawab latihan KOMSAS tanpa tekanan
serta mudah memahami novel yang dipelajari.
Selama tiga minggu projek dijalankan, pengkaji telah
mengumpul bahan-bahan yang dikirimkan oleh responden dari laman sesawang sosial
“Facebook”, dan pengkaji mendapati terdapat persaingan antara pelajar dalam
menyuarakan pendapat terhadap soalan yang dibincangkan untuk pemahaman novel
Bahasa Melayu. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi Internet telah
mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.) Dapatan kajian oleh Kairun
Nadwa (2007), juga menunjukkan dalam proses pembelajaran yang mengamalkan
kaedah kuliah atau ‘chalk and talk’, yang lebih berpusatkan guru ini,
akan menyebabkan ilmu yang disampaikan tidak sepenuhnya diterima oleh pelajar.
Kedua-dua kajian ini, adalah menyokong kepada
dapatan kajian, di mana pengkaji mendapati penggunaan teknologi iaitu strategi
pembelajaran kolaboratif atas talian, sememangnya dapat membantu pelajar
berinteraksi dan menyuarakan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah
satu contoh kajian adalah responden A:P1, yang merupakan pelajar paling aktif memberi
kiriman bermakna atas talian. Jika dibandingkan penglibatan responden A:P1 di
dalam kelas melalui pemerhatian awal yang dibuat, responden ini merupakan
pelajar yang pasif di dalam kelas, jarang bercakap dan menyuarakan pendapat.
Namun bahan yang dikirimkan berkaitan komponen sastera, adalah bertepatan
dengan isu yang dibincangakan serta menunjukkan peningkatan dalam memahami
novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Markah yang diperolehi mengikut kriteria
pengskoran dalam pemarkahan adalah sembilan daripada markah penuh sepuluh.
Pelajar menggunakan ayat yang gramatis, isi yang tepat berdasarkan tugasan,
huraian isi (contoh) tepat dan terdapat kesalahan yang minimun dalam penggunaan
kata. Pembelajaran atas talian sememangnya memberi perubahan yang berbeza kepada
para pelajar dalam memahami dan mengupas komponen sastera (KOMSAS) dalam novel
Bahasa Melayu Tingkatan 3.
Manakala berdasarkan analisa temu bual, telah membuktikan
bahawa tingkah laku pelajar berubah melalui teknik pembelajaran yang berbeza.
Hal ini disokong oleh hasil kajian Oxford dan Crookall(1989), menyatakan
guru-guru yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu pelajarnya
menguasai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan. Melalui analisis transkrip
temu bual dengan responden, hasil kajian mendapati pelajar lebih suka
berinteraksi dan memberi pendapat atas talian. Mereka berasa selesa untuk
memberi pendapat apabila tidak perlu berhadapan dengan guru atau pun rakan
sekelas. Selain itu, mereka berpendapat teknik pembelajaran ini memberi masa
dan ruang yang fleksibel untuk mereka menjawab latihan KOMSAS tanpa tekanan
serta mudah memahami novel yang dipelajari dalam Bahasa Melayu Tingkatan 3.
Selain itu, para pelajar menyatakan perasaan
lebih selesa dan yakin berinteraksi tentang novel KOMSAS yang dipelajari secara
atas talian kerana tiada tekanan. Dapatan ini mempunyai persamaan dalam kajian
yang dijalankan oleh Gray dan Xiaoli (2001), di mana pelajar boleh bebas
berhubung dan tidak berasa terkongkong, tidak terasing dan mereka tidak takut atau
bimbang untuk berhubung menerusi Internet dengan rakan. Dalam kajian ini,
pengkaji mendapati ‘Facebook’ membolehkan pelajar bebas berbincang,
mengeluarkan pendapat dan bertanya soalan dengan guru atau rakan mereka.
Perhubungan yang berlaku secara maya ini mewujudkan suasana yang selesa dan
tidak timbul rasa malu. Contohnya, orang yang pendiam dan pemalu seperti
pelajar A:P1 mungkin tidak berpeluang untuk memberi pendapat di bilik darjah
tradisional, sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum
perbincangan maya , terutamanya di dalam Facebook. Oleh itu, dari aspek
sosioemosi, pembelajaran secara atas talian terutamanya secara asinkroni bukan
sahaja mengubah peranan guru, tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar
yang pendiam dan pemalu.
Aspek pembelajaran pula, hasil kajian
menghuraikan tentang kepercayaan teknologi dalam memotivasikan pembelajaran
pelajar terhadap novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Di samping itu corak
pembelajaran lebih berdikari iaitu bebas daripada kongkongan guru dan boleh
menulis jawapan lebih kreatif dan tepat hasil pelbagai rujukan yang boleh
dilakukan menerusi Facebook. Situasi ini dapat dilihat persamaannya dalam
laporan daripada kajian Salabery (2001) mendapati kesan perkembangan teknologi
dalam pengajaran dapat meningkatkan sikap pelajar-pelajar terhadap pembelajaran
di dalam dan luar bilik darjah.
Sutherland (2002) dalam kajianya, mendapati pelajar yang
menggunakan teknologi atas talian dapat membuat pembacaan mengikut kesesuaian
dan gaya pembelajaran mereka. Faktor ini juga mempengaruhi minat dan motivasi
mereka untuk terus membaca dan membaiki pencapaian akademik. Beberapa orang
pengkaji juga telah mendapati teknologi atas talian telah dapat meningkatkan
kemahiran menulis (Warschauer, 1996; Beavios, 1998). Menurut Beavios, pelajar
yang menggunakan Internet dalam penulisan didapati lebih lancar dalam perbualan
dan boleh menggunakan ayat-ayat yang kompleks dan lebih terbuka dalam berfikir.
Senario kajian di atas dapat dilihat dalam hasil kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Di mana jawapan yang diberi pelajar berkaitan KOMSAS telah
menunujukkan peningkatan dalam penulisan mereka mengikut struktur bahasa dan
terdapat peningkatan dalam pemahaman novel yang dipelajari apabila isi jawapan
yang diberi adalah tepat. Hal ini dapat dilihat daripada bahan-bahan kiriman
pelajar yang majoritinya mendapat skor markah tujuh ke atas daripada markah
penuh sepuluh.
Seterusnya, kemudahan ‘platform’ seperti ‘Facebook’ yang mesra pengguna
iaitu semua responden tahu menggunakannya telah memudahkan perjalanan kajian
ini. Misalnya, dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada maka tidak mustahil
mendapat penglibatan yang memberangsangkan daripada pelajar, dan memudakan
pelajar mendapatkan bahan pembelajaran serta menyertai perbincangan di
‘Facebook’. Facebook adalah salah satu laman sesawang sosial (SNSs) paling
popular di kalangan pelajar dan setakat ini merupakan website yang membawa
kepada aliran utama budaya SNSs. (Boyd & Ellison, 2008, hal 214). Laporan
tahun 2001 dari Pew Internet & American Life Project (Lenhart,
Rainey, & Lewis, 2001) menunjukkan komunikasi teknologi melalui laman
sesawang sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan para remaja masa
kini. Didapati bahawa tiga-perempat daripada remaja antara usia 12 dan 17
menggunakan Internet dan instant messaging (IM) menjadi perkara penting
dalam kehidupan mereka. Hasil kajian ini, menunjukkan persamaan di mana setiap
responden terlibat telah melayari ‘Facebook’ hampir setiap hari sepanjang
tempoh kajian dijalankan. Situasi ini membantu kepada penyebaran maklumat dan
latihan KOMSAS kepada para responden. Secara tidak langsung, kaedah ini
membantu responden memahami novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga yang dipelajari.
Berdasarkan teori dan sorotan, dapatlah
disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian adalah evolusi pembelajaran yang
memudahkan proses pembelajaran sepanjang hayat. Hasil daripada kajian
menunjukkan strategi pembelajaran ini memberi peluang yang fleksibel kepada
mereka untuk belajar seperti pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru di Facebook mengikut kesediaan mereka. Dapatan kajian yang diperoleh
melalui temu bual terhadap kedua-dua kumpulan mendapati kesemua responden
sependapat bahawa perbincangan atas talian membantu mereka berinteraksi menyiapkan
tugasan kumpulan walaupun berada di rumah. Selain itu, mereka lebih gemar dan
selesa menjawab soalan berkaitan KOMSAS di atas talian. Dalam temu bual yang
dibuat juga, para pelajar berpendapat kaedah ini adalah lebih cepat, menarik
dan mudah untuk belajar novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Hal ini dapat
dikaitkan dengan kajian lepas iaitu, pembelajaran atas talian didapati lebih
relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk memulakan
pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluan peribadi serta
kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka
(Abas, Z. W. 2009; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan
Ragan 1993).
Tuntasnya, hasil penganalisian kajian melalui temu bual
dan bahan dokumen telah menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran
kolaboratif atas talian dapat membantu pelajar berinteraksi dan menyuarakan
pendapat dalam memahami novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga dengan lebih
berkesan. Manakala hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd. Arif, et al. (2000),
berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan
Internet mampu meningkatakan keberkesanan pengajaran guru dan dapat menarik
minat pelajar belajar dengan baik dan berkesan. Menurut beliau juga,
murid-murid dapat memahami sesuatu tajuk dengan lebih mudah. Kaedah ini
membantu responden mengupas novel mengikut komponen sastera (KOMSAS) yang
ditetapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Persamaan dapatan kajian
dapat dilihat dalam kajian lepas oleh Rosenberg (2001;28) yang menunjukkan
bahawa pembelajaran atas talian merupakan satu penggunaan teknologi Internet
dalam P&P bagi jangkauan luas yang berlandaskan tiga kriteria iaitu:
a)
pembelajaran atas talian merupakan jaringan dengan kemampuan untuk
memperbaharui, menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
memperbaharui, menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
b) apa yang ingin disampaikan akan sampai
pada semua pengguna dalam masa
yang sama fokus pada pandangan yang lebih luas tentang di sebalik
pembelajaran secara tradisional
yang sama fokus pada pandangan yang lebih luas tentang di sebalik
pembelajaran secara tradisional
2. Memudahkan kefahaman pelajar
Di samping itu, maklumat berkaitan P&P
KOMSAS yang dikirimkan oleh guru, sentiasa mendapat respon yang cepat daripada
pelajar-pelajar ini. Daripada analisis data ini, pengkaji mendapati pelajar
memberi respon yang agresif jika dibandingkan penerimaan pelajar terhadap bahan
yang diberi guru semasa di dalam kelas. Analisis ini disokong lagi dengan
dapatan temu bual dengan pelajar.
“...........dan saya rasa melalui ‘Facebook’
maklumat yang saya dapat daripada guru adalah lebih jelas dan cepat.”
Rakaman B: P9 Soalan 1b.
Transkrip di atas telah mewujudkan
persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat,
kaedah dan bahan proses kolaborasi yang lebih meluas mempercepatkan lagi proses
pendidikan dalam penyebaran maklumat atau bahan. Berdasarkan temu bual yang
dibuat ke sepuluh-sepuluh pelajar bersetuju bahawa pembelajaran atas talian
dalam KOMSAS Bahasa Melayu memudahkan pemahanan pelajar dalam mempelajari novel
Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Hal ini kerana pelajar dapat memahami P&P
KOMSAS dalam bentuk perkataan serta visual melalui pemahaman yang dibina secara
kolaboratif dalam perbincangan yang menerapkan budaya fikir, kritis, kreatif
dan inovatif.
3. Mewujudkan tempoh pembelajaran yang lebih
panjang dan fleksibel
Melalui pembelajaran secara atas talian pelajar dapat
berkolaboratif dalam tempoh yang lebih fleksibel. Masa tidak hanya terhad di
waktu persekolahan. Melalui kaedah ini pelajar mudah untuk berkongsi masalah
dalam P&P dan juga maklumat yang diperolehi bersama-sama denga guru dan rakan
sebaya. Dalam kajian responden berpendapat mereka telah mendapat pendedahan
baru di mana dapat menjalankan kerja kumpulan melalui kolaboratif di laman
sesawang sosial yang disediakan iaitu www.facebook.com. berkaitan projek
multimedia yang dijalankan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Kedua-dua
kumpulan ini juga, sependapat bahawa perbincangan atas talian membantu mereka
menyiapkan tugasan yang diberi dengan lebih fleksibel tanpa menghadapi kekangan
masa.
4. Meningkatkan Motivasi dan Minat Murid-murid Terhadap Pembelajaran dan
Pengajaran
KOMSAS Bahasa Melayu
KOMSAS Bahasa Melayu
Rajah 2. Nota berkaitan komponen sastera yang
dikirimkan oleh guru
Selain itu, bahan-bahan berkaitan P&P Bahasa Melayu turut dikirimkan
oleh guru kepada pelajar sebagai rujukan dan panduan. Rajah di bawah adalah
bahan yang dikirimkan oleh guru berkaitan sebuah blog yang boleh dilayari oleh
pelajar sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan karangan yang diberi.
Rajah 3. Nota
berkaitan bahan rujukan untuk karangan yang dikirimkan oleh guru
Pelajar-pelajar ini juga kerap berinteraksi
atas talian berkaitan hal peribadi dengan rakan masing-masing. Situasi ini
menunjukkan pelajar memang gemar berinteraksi secara atas talian. Konklusinya,
hal ini membuktikan bahawa pemilihan ‘Facebook’ sebagai platform menarik minat
pelajar untuk belajar Bahasa Melayu adalah tepat. Pembelajaran kolaboratif
secara atas talian dilihat dapat meningkatkan minat pelajar untuk memahami
novel. Melalui bahan dokumen yang dikumpul dari laman sesawang sosial
“Facebook”, pelajar yang kurang memberi respon di dalam kelas aktif menyertai
perbincangan yang dijalankan atas talian. Banyak kiriman yang dihantar untuk
membalas soalan atau pertanyaan berkaitan projek multimedia untuk menganalisi
novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga yang dipelajari. Berdasarkan analisis
transkrip temubual juga pengkaji mendapati penggunaan tekonologi ini
meningkatkan motivasi para pelajar menyiapkan tugasan yang diberi.
5. Meningkatkan Akses Kepada Sumber/Bahan
dengan Cepat dan Mudah
Melalui pembelajaran kolaboratif secara atas
talian, perkongsian bahan dapat diedarkan dengan cepat dan mudah. Segala
maklumat yang berkaitan dapat dihantar pada bila-bila masa dan diperolehi
dengan mudah. Contohnya, maklumat berkaitan P&P KOMSAS yang dikirimkan oleh
guru, sentiasa mendapat respon yang cepat daripada pelajar-pelajar ini.
Daripada analisis data ini, pengkaji mendapati pelajar memberi respon yang
agresif jika dibandingkan penerimaan pelajar terhadap bahan yang diberi guru
semasa di dalam kelas. Analisis ini disokong lagi dengan dapatan temu bual
dengan pelajar di bawah ini.
“...........dan saya rasa melalui ‘Facebook’
maklumat yang saya dapat daripada guru adalah lebih jelas dan cepat.”
6. Meningkatkan Pencapaian Pelajar
Apabila pelajar-pelajar mudah dan cepat memahami pengajaran atau aktiviti
yang dilakukan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan pencapaian
pelajar. Pembelajaran kolaboratif secara atas talian melalui projek multimedia
menggunakan teknik penceritaan digital telah menunjukkan peningkatan dalam
pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Implikasi ini dapat dilihat dalam analisis
daripada bahan dokumen kiriman pelajar di ‘Facebook’, yang mana kedua-dua
responden ini, menunjukkan peningkataan dalam jawapan yang diberi dengan
memperolehi markah tinggi bagi isi. Hal ini adalah kerana isi-isi yang diberi
adalah bertepatan dengan soalan serta huraian dan peristiwa yang disertakan
adalah bersesuaian. Selain itu, dari segi pengolahan jawapan juga adalah lebih
baik.
RUMUSAN
Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak
hidup dan sistem sosial masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh sebab
kesan globalisasi tidak dapat dielakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring
dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai
usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan ilmu pengetahuan
baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang penting,
komputer dan teknologi Internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran
dan perkembangan individu. Pembelajaran atas talian dan projek multimedia dapat
memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah kaedah ini membantu masyarakat ke arah
sistem perkongsian maklumat yang meluas. Maka pembuat dasar hendaklah mengambil
kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru
yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan
terutamanya di peringkat sekolah.
RUJUKAN
Abas,
Z. W. (2009). E-Learning in Malaysia: Moving Forward in Open Distance Learning.
International Journal on ELearning, 8(2009), 527-538. Retrieved
from http://editlib.org/d/32264/paper_32264.pdf#page=97
Ahmad
Fuad Othman (2003). Pendidikan dan pendidikan di era digital : Pendekatan
dan cabarannya. Wawasan : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah . Bil .17Jun
2003 Bil.1
Azwan
Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj. Abd
Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran
BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan
Pendidikan.
Bransford,
J. D., Brown, A.L. & Cocking, R.C. (Eds.) 1999, How People Learn:
Brain, Mind, Experience, and School , Committee on Developments in the
Science of Learning , National Research Council, National Academic Press.
Bransford,
J. D., Brown, A. L., & Cocking, R. R. (2000). How People Learn: Brain,
Mind, Experience, and School: Expanded Edition. Washington, D.C.: National
Academy Press.
Boyd,
D. M., & Ellison, N. B. (2008). Social network sites: Definition,
history, and scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13,
210−230.
Davis,
N., Desforges, C. et al. (1997). 'Can Quality in Learning be Enhanced through
the use of IT?' in Somekh, B. and Davis, N. Using Information Technology
Effectively in Teaching and Learning, London, Routledge.
Deetya. (1996). Gateways: Information technology in
the learning process,Canberra.
Dogan,
B. & Robin, B. (2005). Implementation Of Digital Storytelling In The
Classroom By Teachers Trained In A Digital Storytelling Workshop :
University of Houston.
Gray,
Kenneth. C. & Xiaoli, Cao. (2001). Computer and Internet usage in education
: Theories, Practice And Research Basics, Journal Educational Technology
System, Vol. 29 (1) 41-48.
Howell
& Howell (2003). What is your digital story? Library Media
Connection, Oct2003,Vol.22 Issue 2, p40, 2p.
Hunt,
L. (2004). Creative E-Transition. Dalam E-education Applications: Human
Factorss and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group
Inc.
Jakes,
D.S., & Brennan, J. (2005). Capturing stories, capturing lives: An
Introduction to digital storytelling. Retrieved January 15, 2008 from http://bookstoread.com/etp/earle.pdf
Jamaludin
Badusah & Hashimah Haji Hashim (2005). Persepsi Pelajar Sekolah Menengah
Terhadap Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jonassen, D. H. (1996). Computer in the classroom :
Mindtools for critical thinking. Columbus, OH : Merrill/Prentice-Hall.
Kaplan-Leiserson,
E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17, 2004 from http://www.learningcircuits.org/glossary.html.
Khairun
Nadwa Md Ahir (2007). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (Pbi) Melalui
Web Terhadap Prestasi Dan Persepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat
Universiti : Universiti Sains Malaysia
Khan,
B. H. (e-Learning Consultant). (2005). Designed and developed E-Learning for
Program Evaluation. U.S. Department of Energy. Washington, D.C.
Kreijns,
K., Kirschner, P. A., & Jochems, W. (2003). Identifying the pitfalls for
social interaction in computersupported collaborative learning environments: A
review of the research. Computers in Human Behaviour, 19(3), 335–353.
Lenhart,
A., Rainey, L., & Lewis, O. (2001). Teenage life online: The rise of the
instant message generation and the Internet's impact on friendships and family
relationships. Pew Internet and American life project.
Marissa Wettasinghe & Mazlan Hasan (2006). Motivating
Learners In An Online Collaborative Enviroment Using A Blended Model For
Enhanced Learning : Nanyang Technological University, Nanyang Walk,
Singapore 637616.
Muñoz,
C. L. & Towner, T. L. (2009). How to Use Facebook in the College
Classroom . Fairleigh Dickinson University, Oakland University. United
States.
Oblinger,
D. G., & Oblinger, J. L. (Eds.). (2005). Educating the Net generation.
Washington, DC: Educause. Available:
http://www.educause.edu/educatingthenetgen.
Pea, R.
D. (1994). Seeing what we build together: Distributed multimedia learning
environments for transformative communications. The Journal of the Learning
Sciences, 3(3), 219–225.
Prettyman,
E.P. (1996). Two methods of teaching English literature and students
attitudes towards these methods. Dissertation abstracts, xxvi.
Rader,
M., & Wilhelm,W. (2001). Needed research in business education (6th
ed.). Little Rock, AR: Deltha Pi Epsilon.
Ramlah
Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan – Pendekatan
Kontemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.
Resnick,
L.B and Wirth, J.G. (1996). The changing of workplace: New challenges for
Education Policy and Practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Robin,
B. (2008). The effective uses of digital storytelling as a teaching and
learning tool. Handbook of Research on Teaching Literacy through the
Communicative and Visual Arts, (Vol. 2), pp. 429-440.
Rosenberg,
M.J. (2001). E-Learning Strategies For Delivering Knowledge In The Digital
Age,Unied States Of America, Mc Graw-Hill.
Salaberry, M. (2001). The use of technology for second
language learning and teaching: retrspective. The Modern Language Journal,
85 910, 41-56.
Santrock,
J. W. (2001). Educational Psychology. New York : McGraw Hill.
Schrage,
M. (1990). Shared minds : The technologies of collaboration New York :
Random House.
Sharmini
Gnanaguru. Enhancing student literacy: Engaging the reader in young adult
literature Terdapat di on-line : http://2003.learningconference.com/Other-
Conference/LearningCon.../papersworkshops.html 23/8/2004
Stahl,
G. (2006). Group cognition: Computer support for building collaborative
knowledge. Cambridge, MA: MIT Press.
Sutherland-Smith, W. (2002).Weaving the literacy web :
Change in reading from page to scree, Reading Teacher, April 1, Vol 55,
Issue 7.
Tinzmann,
M. B., Jones, B. F., Fennimore, T. F, Bakker, J., Fine, C. & Pierce, J.
(1990). What is the collaborative classroom? NCREL: Oak Brook.
Warschauer,
M. (1999). Motivational aspects of using computers for writing and
comunication Dim telecollaboration in foereign language learning (ed).
Warschauer. Honolulu : University Of Hawaii.
Wheatley.
G.H. (1992). The role of reflection in Mathematics learning. Educational
Studies in Mathematics. 23: 529-531
Woolnaugh,
B. E. (1993), Factors affecting students' choice of science and engineering.International
Journal of Science Education 19(6), 659-676.
Zoraini Wati Abas. (2008). Globalisation of education
through open distance learning. Dalam Sarjit Kaur, Morshidi Sirat &
Norzaini Azman (pnyt.). Globalisation and Internationalisation of Higher Education
in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
sumber:http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4906/Artikel_4_Bil_1_Isu3.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan